ISNIN 18 SEPTEMBER 2023
DEBAK : Lebih 100 pemain dari 51 pasukan yang mewakili kawasan Samarahan, Sri Aman, Saratok, Spaoh, dan sekitar Daerah Kecil Debak menyertai Pertandingan Gasing Piala YB Razi yang diadakan di Gelanggang Gasing Debak baru-baru ini.
Ia dianjurkan oleh Kelab Gasing TraSaribas dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas serta Pejabat Daerah Kecil Debak. Majlis penangguhan pertandingan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam.
Beliau kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Johan membawa pulang wang tunai RM2000, piala, dan medal manakala naib johan memenangi RM1000, piala, dan medal selain tempat ketiga membawa pulang RM700 berserta piala.
Dalam ucapannya, Mohammad Razi mengucapkan tahniah kepada Kelab TraSaribas atas usaha mereka dalam mengumpulkan para pemain untuk pertandingan ini.
Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada Debak Fest yang berlangsung dari 14 hingga 17 September 2023.
Hadir sama Pengerusi Kelab TraSaribas Yak Sebli Kudai, Pembantu Penolong Menguasa Daerah Kecil Debak Mohd Hafiz Kepli, Temenggong Piee Alwi serta barisan Ketua Masyarakat Daerah Kecil Debak.-EDISI UKAS