ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023
SRI AMAN: Sebanyak 2,500 peserta telah menyertai pertandingan Benak Road Trail Fun Run anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman, bertempat di Waterfront Sri Aman pada Ahad.
Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.
Pertandingan telah bermula seawal jam 6.50 pagi melibatkan 200 peserta yang mengambil bahagian dalam acara 10 kilometer disusuli acara 5 kilometer melibatkan 2,300 peserta.
Antara acara yang dipertandingkan adalah 10 kilometer kategori terbuka lelaki dan wanita, acara 5 kilometer kategori terbuka lelaki dan wanita termasuk kategori veteran lelaki dan wanita untuk kadua-dua acara tersebut.
Hadir sama dalam majlis ini ialah ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit.
Program larian ini adalah sempena Pesta Benak 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober ini.-Edisi UKAS