BAGSF-2 Pacu Industri Petrokimia Sarawak

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

BINTULU: Kemudahan Gas Tambahan Bintulu (BAGSF-2) menyokong pertumbuhan selanjutnya industri petrokimia di Sarawak.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bekalan awal gas daripada BAGSF-2 melalui saluran paip yang baru dibina menyediakan bahan api untuk pentauliahan loji metanol Sarawak Petchem Sdn Bhd (SPSB) berskala dunia.

Jelas beliau, kemudahan (BAGSF-2) yang berkapasiti 390 juta kaki padu gas sehari (MMscfd) dapat memenuhi keperluan loji metanol baharu.

Selain itu, katanya ia turut mampu membekalkan 70 juta kaki padu gas sehari untuk dibekalkan kepada Sarawak Energy Berhad (S-E-B).

“Projek ini adalah bukti komitmen kami untuk menyokong aspirasi Negeri untuk pembangunan hiliran yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyediaan Gas Pertama Kemudahan Penjualan Gas Tambahan Bintulu (B-A-G-S-F) 2 di Tanjong Kidurong, Bintulu pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni serta tetamu kehormat yang lain.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia