Konvoi Prihatin Belia Demak Laut Agih Bantuan Kepada Belia

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Konvoi Prihatin Belia Demak Laut telah mengagihkan bantuan bakul makanan yang terdiri daripada keperluan asas kepada golongan belia yang memerlukan di kawasan Demak Laut.

Difahamkan, Konvoi Prihatin Belia akan memberi bantuan kepada 40 penerima untuk tahun ini yang menfokuskan kepada golongan belia yang kurang berkemampuan di beberapa lokasi yang dilalui sekitar Demak laut.

Konvoi yang bermula seawal jam 8 pagi telah melawat di kawasan Kampung Tanjung Bako, Kampung Muhibah dan Kampung Pinggan Jaya dengan kedatangan mereka disambut baik oleh wakil kepimpinan belia ketiga-tiga kampung tersebut.

Mereka akan meneruskan lawatan ke lokasi seterusnya iaitu Zon Kampung Tabuan Melayu untuk menyerahkan sumbangan kepada para penerima dan selepas itu ke Pengkalan Balang untuk menyerahkan bantuan kepada penerima dari Zon Tanjung Embang.

Lokasi terakhir penyerahan bakul makanan adalah Zon Kampung Bako bertempat di perkarangan Surau Darul Falah Kampung Bako Mesra.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, Konvoi Prihatin Belia ini merupakan satu inisiatif para belia Demak Laut untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam kalangan belia.

Dr Hazland berharap bantuan ini mampu membantu meringankan beban para belia yang menerima bantuan ini.

Konvoi kali ini melibatkan gabungan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut, Saberkas Cawangan Demak Laut dan Kelab 4×4 Demak Laut yang diketuai oleh Ketua Pemuda PBB Demak Laut merangkap Timbalan Ketua Cawangan Saberkas Demak Laut Sebli Morsidi. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia