Masyarakat Bau Diajak Tangani Isu Dadah & Subtan Dalam Komuniti

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

BAU: Masyarakat di daerah ini diajak untuk jangan berputus asa dalam mengurangkan isu pengaruh dadah dan substan dalam komuniti masing-masing.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, selagi isu tersebut masih berada dalam keluarga dan masyarakat adalah sukar bagi mereka bergerak maju ke hadapan.

“Usaha membanteras masalah dadah dan substan yang susah dibendung itu memerlukan masa, tenaga dan wang ringgit.

“Sebagai warga daerah ini, saya percaya bahawa kita semua berkongsi tanggungjawab untuk mewujudkan sebuah komuniti yang sihat dari segi minda dan fizikal.

“Oleh itu, adalah harapan saya agar kerjasama dan sinergi diantara agensi kerajaan, NGO dan ahli komuniti harus sentiasa ada agar setiap isu dapat ditangani dengan baik untuk kesejahteraan komuniti dan daerah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan Rakyat Memperkasa Gaya Hidup Sihat di sini pada Ahad.

Menurutnya, Karnival Sukan Rakyat tersebut sebelum ini telah dilaksanakan di dua tempat berlainan iaitu di Kampung Bogag, Jagoi pada 26 Ogos 2023 dan di Pusat Redeems, Singai pada 2 September 2023.

Beliau dalam pada itu, mencadangkan agar karnival sama diadakan lagi di daerah itu dengan pelaksanaannya meliputi peringkat zon pada tahun 2024 manakala pelaksanaan di peringkat daerah pula diadakan pada tahun 2025.

Hadir sama adalah pegawai daerah Bau, Constantine Gerald David Jonas, Timbalan Ketua Polis Daerah Bau, ASP Jugah Aleng, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bau, Sektor Pembangunan Murid, Matthew Apok dan Ketua Kaum Kampung Suba Buan, Karim Lidek.-EDISI UKAS 

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia