Pump Boat Kembali Meriahkan Pesta Simunjan 2023

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

SIMUNJAN: Perlumbaan Pump Boat kembali memeriahkan Sungai Batang Sadong Sempena Pesta Simunjan 2023 pada Isnin.

Perlumbaan anjuran Persatuan Penduduk Kampung Sageng (PEKASA) itu melibatkan dua kategori iaitu pump boat tujuh kuasa kuda melibatkan 21 penyertaan, manakala bagi kategori pump boat 13 kuasa kuda melibatkan seramai 24 orang peserta.

Jumlah keseluruhan penyertaan adalah 45 yang melibatkan peserta dari sekitar Simunjan dan Gedong.

Acara separuh akhir dan pusingan akhir akan dilangsungkan pada keesokan harinya dan majlis penyampaian hadiah turut diadakan di hari yang sama.

Manakala di lokasi Pesta Simunjan yang lain iaitu di Dewan Mesra turut diadakan pertandingan mewarna digital kanak-kanak yang berlangsung pada jam 2 petang.

Turut diadakan Pertandingan Akhir Karaoke di Pentas Rakyat. 

Pesta Simunjan kali ini diadakan selama lapan hari bermula 17 hingga 24 September ini dengan Majlis Pelancaran Pesta Simunjan telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Ahad lepas.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia