Tebingan Sungai Kuching Dinaik Taraf Bermula Januari 2024

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Tebingan Kuching bakal berwajah baharu apabila projek naik tarafnya dijangka bermula pada Januari 2024.

Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman berkata, projek itu bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan keselesaan kepada para pengunjung.

“Kita akan menaik taraf Tebingan Kuching dan juga di kawasan sekitar seberangnya. Kita telah membuat satu perancangan bersama agensi kerajaan untuk membangunkan prasarana dan landskap di seberang berdekatan dengan Astana dan Bangunan Dewan Undangan Negeri dan juga dengan ‘flag pole’ di mana kita ada Tea Pavilion dan sebagainya.

“Di situ kita akan merancang supaya dapat menghubungkan komuniti di sebelah sana yang akan melangkui jalan-jalan seperti di jalan belakang Astana yang sekarang ini akan dibuat sebagai satu muzium dan tanahnya di belakang itu akan dibangunkan oleh DBKU untuk beberapa perkara termasuk Taman Orkid yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Hi-Tea Datuk Bandar Kuching Utara Bersama Komuniti di sini pada petang Isnin.

Hilmy menambah, selain itu, kemudahan awam seperti tempat duduk dan kawasan riadah juga akan ditambah baik termasuk sedikit perubahan jalan raya berhampiran Lebuh Main Bazar dan pengindahan landskap sepanjang laluan pejalan kaki di Tebingan Sungai Kuching.

Dalam pada itu katanya, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf, penjaja-penjaja di Tebingan Sungai Kuching akan dipindahkan ke penempatan baharu secara berperingkat melibatkan tiga fasa bermula 20 Julai lalu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Residen Bahagian Kuching Norleha Shariff Bushrah, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU Rudzaimeir Malek, Pegawai-Pegawai Kanan DBKU dan tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia