Tiga Projek Di Daerah Matu Diberi Perhatian

ISNIN 18 SEPTEMBER 2023

MATU: Tiga projek di sekitar kawasan Daerah Matu akan diberi perhatian khusus.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata, antara projek tersebut ialah membina Jalan Kampung Igan ke Rumah Panjang Sungai Ilas, Kampung Sah dan Kebuaw Batang Igan.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, projek seterusnya pula menaik taraf tebingan sungai di Kampung Baru Ismail Igan dan projek bina baru Padang Futsal Kampung Sok Matu.

“Kebimbangan kita sekarang ialah untuk memastikan kontraktor yang melaksanakan projek-projek ini adalah benar-benar berkelayakan.

“Pemilihan kontraktor yang berkemampuan adalah penting bagi memastikan projek boleh disiapkan dalam masa ditetapkan sekaligus memenuhi harapan rakyat,” katanya semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja bersama Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) di Daerah Matu di sini pada Isnin.

Sementara itu, pihak SIMU turut berbincang dengan kontraktor mengenai masalah yang dihadapi dan perancangan penyelesaian serta menetapkan tarikh terkini untuk projek-projek tersebut.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia