Hadi Aduka Johan Pertandingan Karaoke 60-An Pesta Simunjan 2023

SELASA, 19 SEPTEMBER 2023

SIMUNJAN: Hadi Aduka muncul johan bagi Pertandingan Karaoke 60-an sempena Pesta Simunjan 2023 pada Isnin.

Kemerduan suara anak jati Kuching itu membawa lagu berjudul ‘Halimun Malam’ yang dipopularkan oleh Ahmad Jais telah berjaya menambat hati juri pertandingan.

Hadi berjaya membawa pulang hadiah utama pertandingan berupa wang tunai RM1,500 bersama piala dan sijil penyertaan.

Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Saniah Marikan juga dari Kuching dengan lagu ‘Empat Dara’ manakala tempat ketiga disandang Jeraiee Bojet dari Simunjan dengan lagu ‘Mengalir Air Mata’.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM1,000 dan RM500 berserta piala dan sijil penyertaan.

Seramai 15 orang peserta telah berentap pada peringkat akhir pertandingan tersebut setelah berjaya melepasi acara saringan dengan penglibatan 23 orang peserta keseluruhannya.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Simunjan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Simunjan 2023 Seroji Ludin.

Turut hadir, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Napsiah Abang Kaderi serta Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan selaku Pengerusi Pertandingan Karaoke Pesta Simunjan 2023 Kaunselor Mohammad Zaini Morshidi. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia