Infrastruktur Digital Pemangkin Pembangunan Ekonomi Digital

SELASA, 19 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Infrastruktur digital menjadi pemangkin dalam memastikan kelangsungan pembangunan ekonomi digital serta meningkatkan kualiti hidup rakyat dalam era moden.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia merangkumi infrastruktur yang diperlukan data untuk membolehkan penggunaan data, perkhidmatan dan proses dilakukan secara digital.

Menurutnya, pembangunan infrastruktur digital dan pintar adalah satu keutamaan kerajaan Sarawak untuk mendokong agenda Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial, persekitaran mampan yang dipacu oleh data dan inovasi menjelang 2030.

“Memang dunia pada hari ini berkehendakkan data untuk mengurus dan mencari jalan keluar atau penyelesaian kepada banyak masalah sama ada dari bidang tenaga, ekonomi dan juga bidang sosial di mana penggunaan infrastruktur digital adalah sangat penting.

“Maka di Sarawak kita telah mulakan pada tahun 2017 dan mempunyai dasar Strategi Sarawak Ekonomi Digital 2018-2022 di mana kita mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya ekonomi digital dan sekarang ini kita rasa kita telah mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Digital Transformation Via Accelerated Applications’ di Kuching, pada Selasa.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menambah, kini masyarakat juga telah kian mengambil perhatian terhadap kepentingan pendigitalan dalam semua sektor ekonomi di negeri ini.

“Seperti yang anda tahu COVID-19 menunjukkan betapa pentingnya e-dagang dan kemudian kita mempunyai alternatif pembayaran seperti Sarawak Pay.

“Jadi persoalan seterusnya sekarang adalah data memerlukan kuasa di mana kita perlu memastikan bahawa kita mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menuju ke arah kuasa tenaga hijau yang akan memacu industri di seluruh Sarawak.

“Dalam pada itu, seluruh wilayah ke arah penumpuan data dan menggunakan data untuk mengarahkan hala tuju dasar pada masa hadapan,” ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi Sarawak Information Systems Sdn. Bhd, Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee, Pengerusi Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Pengerusi GRM Digital Solution, Datuk Tong Thai King dan Pengarah Eksekutif GRM Digital Solution, Sylvester Wong. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia