Manfaat Teknologi Untuk Tingkat Ilmu Agama

SELASA, 19 SEPTEMBER 2023

SERIAN: Teknologi patut dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi ilmu keagamaan dalam kalangan umat Islam. 

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn memberitahu, teknologi dapat memberi kemudahan untuk menjelas sesuatu fakta dengan merujuk kepada kitab suci, golongan sarjana serta saintis Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian Tahun 1445H/2023M di sini pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata tema tilawah Al-Quran pada tahun ini iaitu ‘Sarawakku Maju Makmur’ amat relevan dan signifikan dengan pencapaian dan kemajuan selama 60 tahun Sarawak mencapai kemerdekaan.

“Bagi membawa perubahan dalam masyarakat, salah satu elemen penting adalah perpaduan kerana hanya masyarakat yang bersatu padu dapat menjana masa depan yang lebih baik.

“Dalam konteks ini, kita perlu bersyukur dan menghargai keharmonian, keamanan dan kebebasan beragama yang kita miliki di Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri Deli dan Fatin Nurain Ripot dinobat sebagai Qari dan Qariah Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Serian Tahun 1445H/2023M.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan piala.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus, ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada, Pemangku Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap dan Pegawai Agama Islam Bahagian Serian Ustaz Madihi Jamali. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia