Masyarakat Bidayuh Kampung Stum Muda Digalak Kukuh Kesepaduan

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

LUNDU: Masyarakat Bidayuh di Kampung Stum Muda, di sini digalak untuk memperkukuhkan kesepaduan dalam kepelbagaian agama dan bangsa walaupun terdapat perbezaan sub-kategori dalam kalangan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, kesepaduan adalah elemen penting yang perlu diterap dalam diri setiap penduduk di konstituensinya. 

Ke arah itu, beliau percaya bahawa semua penduduk akan dapat merasai manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang sedang berlaku di Sarawak. 

Billy berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-45 Penubuhan Kampung Stum Muda dan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2023 di Balai Raya Kampung Stum Muda pada Sabtu.

Dalam ucapan sama, beliau turut memberi dorongan kepada penduduk setempat agar terus aktif dalam bidang pertanian dan penerokaan di samping memanfaatkan kemudahan serta jalan-jalan pertanian yang telah dibina.

Jelasnya lanjut, ia sebagai satu cara untuk meningkatkan taraf hidup dan kemakmuran kawasan mereka.

Di samping itu, Billy juga telah mengumumkan peruntukan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar berjumlah RM150 juta melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi pelbagai projek pembangunan di Kampung Stum Muda.

“Sebuah bangunan Dewan Serbaguna akan dibina pada tahun 2024, bersama dengan projek pembinaan jalan pertanian akan diteruskan.

“Selain itu, terdapat Projek Pembinaan Kota Metropolitan di kawasan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Opar yang akan memberi manfaat kepada penduduk kampung dan zon Stungkor, serta projek pembinaan jalan rumah ke rumah di seluruh DUN Opar berjumlah RM11 juta.

“Peruntukan RM5,000 juga diberikan kepada JKKK Kampung Stom Muda untuk program komuniti,”katanya.

Setelah berucap, Billy telah menyampaikan hadiah kepada 14 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Turut hadir ialah Ketua Kaum Kampung Stum Muda Lebob Sindeh, Ketua Kaum Kampung Stungkor Baru Jeli Jahet dan Ketua Kaum Kampung Stungkor Lama Jihen Ahsiew.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia