PRK Bagi DUN Jepak Perlu Diadakan

SELASA, 19 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Satu Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak susulan penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia pada 15 September lepas.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, ia memandangkan kekosongan tersebut berlaku lebih dua tahun sebelum pembubaran DUN Sarawak secara automatik pada 14 Februari 2027.

Menurutnya, beliau telah menyerahkan surat notis kekosongan kerusi DUN Jepak kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada pagi Selasa.

“Memandangkan kekosongan luar jangka ini berlaku melebihi tempoh dua tahun sebelum pembubaran Dewan secara automatik, maka PRK perlu diadakan berdasarkan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan DUN Sarawak pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha DUN Sarawak, Pele Peter Tinggom.

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia menambah, PRK tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang telah ditetapkan oleh SPR Malaysia. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia