UNIFOR Terus Salur Bantuan Kepada Agama Lain Di Limbang

SELASA, 19 SEPTEMBER 2023

LIMBANG: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) terus menyalurkan geran sebagai bantuan kepada institusi agama-agama lain di Limbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah menyerahkan cek geran tersebut kepada dua gereja iaitu Gereja St. John Liok Batu dan Chapel Beatitudes pada Ahad.

Sebanyak RM400,000 diperuntuk bagi kerja-kerja menaik taraf Gereja St. John Liok Batu manakala RM100,000 diagih untuk pembinaan Chapel St. Beatitudes di Bukit Bidang.

Dalam pada itu, wakil Jawatankuasa Gereja St John Liok Batu, Emboi Silk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang sentiasa diberikan dalam memastikan keperluan rumah ibadat tersebut dipenuhi.

Tambahnya, peruntukan ini akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan kemudahan dan keselesaan para umat gereja. -EDISI UKAS

add comment