SBF, PEDCO Meterai MoU Tingkat Kerjasama Ekonomi

UKAS  > Edisi-Selatan >  SBF, PEDCO Meterai MoU Tingkat Kerjasama Ekonomi
0 Comments

SELASA, 23 JANUARI 2024

KUCHING: Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan Palawan Economic Development Council (PEDCO) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama ekonomi di Puerto Princesa, Filipina pada Sabtu lepas.

MoU tersebut ditandatangani oleh wakil Presiden SBF, Nobel Pang dan Presiden PEDCO Alex A Paglumotan.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, SBF berkata, kerjasama ini akan dilaksanakan melalui bidang perdagangan dan industri, kewangan, pelaburan, pelancongan, perubatan dan lain-lain yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak.

“Ia juga bertujuan membantu dan menyumbang ke arah pengembangan hubungan komersial dan perdagangan antara usahawan kedua-dua dewan termasuk acara rangkaian, pemadanan perniagaan dan misi perdagangan.

“Selain itu, MoU itu berhasrat untuk bertukar maklumat dan pandangan tentang kemungkinan meluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan untuk manfaat bersama,” jelasnya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *