Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 1
total visitor Jumlah Pelawat 412,686

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Majlis Media Sarawak dan Institut Media Sarawak Perlu Diwujudkan : Miro Simuh
Tarikh : 07 Nov 2019
 

KUCHING: Majlis Media Sarawak dan Institut Media Sarawak perlu diwujudkan di negeri ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, mekanisme baharu itu perlu ditubuhkan untuk mengawal dan menangani gejala salahguna media sosial dalam menyebar maklumat tidak tepat.

Jelasnya, penubuhan Majlis Media Sarawak bertanggungjawab menyelaras peranan media di Sarawak dan menjadi jambatan di antara organisasi media dan kerajaan. 

Beliau berkata demikian pada sesi Perbahasan Belanjawan Sarawak 2020 semasa Persidangan DUN Sarawak ke-18, hari ini.

Miro menambah, Institut Media Sarawak juga berperanan sebagai institusi pengamal media mendapat ilmu penting berkenaan dunia kewartawanan dan penggunaan aplikasi terbaru dan terkini dalam dunia kewartawanan.

Dalam pada itu, Miro juga menyentuh peranan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) walaupun tanpa bantuan kerajaan persekutuan ianya masih mampu berdiri di kaki sendiri.

Katanya, peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan Sarawak 2020 membezakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) yang belum jelas sumber kewangannya. –Edisi UKAS