Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 4
total visitor Jumlah Pelawat 311,046

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Projek Pembinaan Medan Selera Matading Kini Sedang Giat Dilaksanakan Dan Dijangka Siap 13 November 2020
Tarikh : 28 Jan 2020
 


MUKAH: Satu lagi Projek Rakyat Pembinaan Medan Selera Matading kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 13 November 2020. 

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Haji Arbi, beliau berpuas hati terhadap kerja-kerja Pembinaan Medan Selera Matading yang kini sedang dilaksanakan di Jalan Mukah-Balingian.

 

“Projek Medan Selera Matading ini merupakan salah satu projek Program Rakyat yang telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg semasa mengadakan lawatan ke Mukah sebelum ini. 

 

“Ini sekaligus memperlihatkan dengan jelas keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan sosioekonomi rakyat berpendapatan rendah khususnya di luar bandar,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak Pembinaan Medan Selera Matading yang kini sedang dalam pembinaan pada Isnin. 

 

Projek Medan Selera Matading mula dilaksanakan pada 13 Ogos 2019 dan dijangka disiap pada 13 November 2020 di bawah selian Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA). 

 

Projek ini akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti 12 gerai makanan berkeluasan 123 kaki persegi setiap satu, 16 mini gerai berkeluasan 100 kaki persegi, tandas dan bilik serbaguna bagi menjadikan Medan Selera Matading ini mempunyai kemudahan untuk masyarakat di Balingian menambah pendapatan harian.