Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 4
total visitor Jumlah Pelawat 311,133

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.

Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Bayaran Pampasan Tanah Ikut Prosedur Kanun Tanah Negeri
Tarikh : 14 Feb 2020
 
Pampasan Tanah Ikut Prosedur Kanun Tanah Negeri
LUBOK ANTU: Bayaran pampasan ke atas tanah rakyat yang digunakan untuk tujuan pembangunan adalah mengikut peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri.
Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, pampasan dan bayaran untuk tanah bagi tujuan infrastruktur dan pembangunan adalah dibayar mengikut struktur dan nilai pasaran yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi projek fasa satu jalan Nanga Kesit-Ulu Lemanak-Engkari di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Lubok Antu, pada Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai itu menegaskan, kerajaan negeri JUGA tidak sewenang-wenangnya menggunakan tanah rakyat untuk tujuan pembangunan kerana projek yang dijalankan adalah untuk manfaat rakyat dalam jangka masa panjang.
Katanya, sejak tahun 2009, kawasan Batang Ai telah diperuntukkan ‘stimulus package’ sebanyak RM35 juta untuk membina jalan di Lubok Subong ke Sekunyit, naik taraf Jalan Lubok Antu ke Changkol dan naik taraf Jalan Bukit Tungku ke Sayat. -EDISI UKAS
TAMA

LUBOK ANTU: Bayaran pampasan ke atas tanah rakyat yang digunakan untuk tujuan pembangunan adalah mengikut peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, pampasan dan bayaran untuk tanah bagi tujuan infrastruktur dan pembangunan adalah dibayar mengikut struktur dan nilai pasaran yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi projek fasa satu jalan Nanga Kesit-Ulu Lemanak-Engkari di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Lubok Antu, pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai itu menegaskan, kerajaan negeri juga tidak sewenang-wenangnya menggunakan tanah rakyat untuk tujuan pembangunan kerana projek yang dijalankan adalah untuk manfaat rakyat dalam jangka masa panjang.