Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 7
total visitor Jumlah Pelawat 412,734

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

ADUN Kabong Segera Bantu Selesai Masalah Benteng Pecah Di Kampung Sungai Endot
Tarikh : 14 Feb 2020
 

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir tampil segera membantu menyelesaikan masalah benteng air pecah di Kampung Sungai Endot.

Masalah tersebut telah menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan kampung dan menjejaskan kira-kira 40 buah rumah di kampung berkenaan pada petang Selasa lepas.

Ekoran daripada masalah itu, Mohd Chee mengarahkan tindakan segera perlu diambil termasuk memohon bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi melakukan kerja baik-pulih benteng.

Difahamkan, ketua kampung tersebut memaklumkan setakat ini, tiada lagi limpahan air yang disebabkan fenomena pasang besar masuk ke kawasan kampung mereka. -EDISI UKAS