Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 6
total visitor Jumlah Pelawat 412,714

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

DBKU, Trienekens Jalin Kerjasama Tangani Masalah Kebersihan
Tarikh : 15 Feb 2020
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd memeterai kerjasama dalam usaha mewujudkan kesedaran kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat.

Datuk Bandar DBKU, Datu Haji Junaidi Haji Reduan berkata sebagai permulaan, pihaknya telah memilih Kampung Gita Baru sebagai perintis kepada projek mencantikkan pusat pengumpulan tong sampah.

"Pihak Trieneken telah bersetuju memberi kerjasama penuh dalam membantu DBKU melaksanakan projek perintis itu sebagai langkah menyelesaikan isu tempat pembuangan sampah yang kotor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Projek 'Bin Centre Beautification' di Kuching pada Sabtu.

Junaidi menambah, projek perintis itu juga merupakan salah satu daripada insiatif DBKU dalam menangani masalah vandalisme terhadap tong-tong sampah yang semakin menunjukkan tren peningkatan.

"Beberapa lagi kawasan dalam pentadbiran DBKU telah dikenalpasti untuk dilaksanakan projek sama dalam masa terdekat," katanya lagi.– EDISI UKAS