Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 4
total visitor Jumlah Pelawat 412,738

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.

Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Amalan Gaya Hidup Sihat Menerusi Aktiviti Sukan - John Ilus
Tarikh : 15 Feb 2020
 
Amalan Gaya Hidup Sihat Menerusi Aktiviti Sukan - John Ilus
SERIAN:  Amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti sukan merupakan platform kepada kecergasan fizikal sekaligus memanfaatkan diri dan organisasi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, sukan penting untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan 
dan kesejahteraan semua masyarakat termasuk para penjawat awam.
Katanya, tugasan sebagai penjawat awam terdedah kepada bebanan tugas yang berat dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 
"Tahniah saya ucapkan kepada MAKSAK Bahagian Serian kerana berjaya mengelolakan Karnival Sukan MAKSAK Bahagian Serian.
"Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan mengeratkan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan kerajaan Bahagian Serian," katanya. 
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Badminton MAKSAK Berpasukan Bahagian Serian Antara Jabatan 2020 di Dewan Masyarakat Serian pada Sabtu.
Sementara itu, John Ilus memberitahu, kejohanan seumpamanya amat baik bagi para penjawat awam melepaskan bebanan tugasan harian untuk kesihatan diri mereka.
Dalam majlis sama, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada MAKSAK Bahagian Serian untuk melaksanakan program tahunan mereka. -EDISI UKAS
TAMAT

SERIAN:  Amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti sukan merupakan platform kepada kecergasan fizikal sekaligus memanfaatkan diri dan organisasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, sukan penting untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua masyarakat termasuk para penjawat awam.