Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 5
total visitor Jumlah Pelawat 412,692

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Projek PPRMS Kawasan DUN Kakus Diadakan Secara Berperingkat
Tarikh : 17 Feb 2020
 


BINTULU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus merupakan kawasan yang luas meliputi lebih 400 buah rumah panjang.

 

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie anak Tayai, disebabkan jumlahnya yang terlalu banyak maka bantuan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) diberikan secara berperingkat. 

 

“Ini merupakan projek Fasa 1 bagi tahun 2019 dengan penyerahan bantuan dalam bentuk bahan binaan seperti atap spendek, batu bata, dan simen. 

 

“Projek ini diagihkan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan kepada rumah-rumah panjang  yang lebih memerlukan untuk diperbaiki segera ataupun bagi rumah rumah panjang yang masih dalam pembinaan,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan projek PPRMS di Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada Jumaat. 

 

Pada majlis itu, seramai 159 pintu dari kalangan 12 buah rumah panjang dari kawasan DUN Kakus menerima projek Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM450,100. 

 

Datuk John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berharap penduduk dapat melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan rumah panjang atau rumah kampung secara gotong-royong.

 

“Ini kerana hanya melalui gotong-royong kerja-kerja penambahbaikan rumah panjang atau rumah kampung dapat dilaksanakan dengan lancar dan cepat. 

 

Bantuan seperti projek PPRMS membuktikan kerajaan di bawah pimpanan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg adalah kerajaan yang menepati janji demi menjaga kesejahteraan rakyat.