Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 5
total visitor Jumlah Pelawat 412,711

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Ketua Menteri Akan Rasmikan Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 Di Miri Pada 26 Februari Ini
Tarikh : 19 Feb 2020
 


MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dijangka akan hadir dan merasmikan Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 yang bertemakan ‘Integriti Pemangkin Pembangunan’ di Hotel Pullman Miri pada 26 Februari 2020. 

 

Perkara ini disahkan Residen Bahagian Miri Haji Mastapa Haji Julaihi yang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 (MAPI2020) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri pada Isnin. 

 

Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 ini akan diadakan pada 25 hingga 26 Februari 2020 di Pullman Miri Waterfront. 

 

Menurut Haji Mastapa lagi, dijangkakan seramai 2,200 peserta dijangka akan mengambil bahagian dalam majlis ini yang terdiri dari Kementerian, Agensi, Majlis Bandaraya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s).


“Antara pengisian yang diadakan sempena Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 ialah Forum Integriti, Amanat Perdana Integriti YAB Ketua Menteri Sarawak, Ucapan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Ikrar Integriti, Pelancaran OACP-CMDS, Pelancaran ACeIO, Penyampaian hadiah pemenang hadiah pertandingan dan Sesi (i) bersama warga pendidik (ii) bersama penguatkuasa (iii) bersama CeIO,” tambahnya.