Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 5
total visitor Jumlah Pelawat 412,719

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Taska Qaseh Laila Dibuka Mac Ini, Beri Peluang Pekerjaan Kepada Ibu Tunggal
Tarikh : 20 Feb 2020
 

KUCHING: Taska Qaseh Laila yang terletak di Jalan Bampfylde, Kuching akan dibuka menjelang Mac depan.


Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdulah berkata, pembukaan Taska Qaseh Laila yang dikendalikan oleh Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) itu sekaligus akan memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal untuk bekerja di taska berkenaan kelak.

Jelas beliau, pembukaan taska tersebut juga akan memberi perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh ibu bapa yang bekerja bagi menempatkan anak mereka dengan tempat asuhan yang selamat dan berkualiti.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Taska Qaseh Laila pada Rabu.

Fatimah yang juga Penasihat Kehormat seumur hidup PITSA berkata, Taska Qaseh Laila menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun.

Jelasnya, Taska Qaseh Laila yang baharu itu kelak dapat menampung 48 orang kanak-kanak . -EDISI UKAS