Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 6
total visitor Jumlah Pelawat 412,744

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Kerajaan Sarawak Rancang Sambung Bekalan Air Terawat Di 370 Sekolah Luar Bandar
Tarikh : 06 Mar 2020
 

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membekalkan bekalan air bersih terawat di 370 buah sekolah di kawasan luar bandar di negeri ini.


Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, secara keseluruhannya, daripada 1,459 buah sekolah yang ada di Sarawak, sebanyak 370 buah sekolah di pedalaman masih bergantung kepada bekalan air menerusi telaga tiub, tadahan hujan, ‘gravity feed’ dan loji air setempat.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan pelajar dan warga pendidik di sekolah mendapat kemudahan bekalan air yang berterusan, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah merancang agar 370 buah sekolah ini disambung dengan kemudahan bekalan air awam.

"Ini termasuk membekalkan bekalan air ke semua institusi awam termasuk sekolah-sekolah di seluruh Sarawak sekaligus memacu hasrat kerajaan negeri mencapai kadar liputan bekalan air 100 peratus menjelang 2025.

"Bagi tahun 2019 dan 2020, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta bagi penyambungan bekalan air awam ke 34 buah sekolah

“Daripada jumlah itu 26 buah sekolah telah siap dan mendapat bekalan air awam manakala lapan buah sekolah lagi dijangka siap pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Dr Abdul Rahman menambah, Kementerian Utiliti Sarawak, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak akan terus berkolaborasi dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam memastikan kemudahan bekalan air ini dapat dilaksanakan - EDISI UKAS