Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 5
total visitor Jumlah Pelawat 85,708

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Gunakan Pinjaman AIM Sebaiknya Supaya Tidak Bebankan Diri
Tarikh : 06 Jul 2019
 


SRI AMAN: Golongan wanita yang terlibat dalam bidang perniagaan dan menggunakan perkhidmatan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diingatkan agar bijak menguruskannya dengan baik.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga YB Simoi Peri berkata ini penting supaya golongan wanita yang merupakan mereka yang paling ramai membuat pinjaman AIM agar tidak membebankan diri sendiri.

 

“Saya menyokong usaha dan langkah yang diambil AIM dalam menyediakan pinjaman kepada mereka yang mahu terlibat dalam bidang perniagaan.

 

“AIM adalah satu kemudahan yang disediakan kerajaan bagi membolehkan peniaga-peniaga kecil memulakan perniagaan dalam skala yang kecil.

 

“Bagaimanapun, diingatkan supaya setiap peminjam perlu memastikan setiap sen yang dipinjam dan diguna pakai itu tidak membebankan diri,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri & Gawai Raya anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

 

Dalam pada itu, Simoi turut meminta rakyat di Sri Aman ini untuk terus mengekalkan perpaduan supaya ianya dapat dinikmati generasi akan datang.

 

“Kita di Sarawak, kehidupan dalam pelbagai kaum seperti Melayu, Iban dan Cina adalah suatu yang tidak asing lagi bahkan setiap hari kita hidup bersama.

 

“Malah, kehidupan ini dieratkan lagi dalam kehidupan perkahwinan campur yang menyaksikan ada keluarga meraikan dua atau tiga perayaan dalam satu masa.

 

“Budaya ini harus kita kekalkan demi memastikan kehidupan hari ini sejahtera demi mencapai perpaduan yang erat,” ujarnya.