Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 4
total visitor Jumlah Pelawat 169,609

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Kerajaan Sarawak Perkenal Banyak Inisiatif Pertanian Moden
Tarikh : 07 Nov 2019
 

KUCHING: Peruntukan sebanyak RM797 juta dalam Belanjawan Sarawak  2020 untuk pembangunan pertanian moden diyakini mampu menarik minat golongan muda termasuk lepasan universiti berkecimpung dalam industri berkenaan.


Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, 28 pertubuhan peladang kawasan (ppk) di negeri ini perlu bersama menjayakan inisiatif kerajaan negeri dalam membangunankan pertanian moden.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa program di seluruh sarawak untuk tujuan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Adun Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan Pada Persidangan Dun Sarawak Ke-18, pada Khamis.  

Dalam pada itu, beliau memberitahu, terdapat dua program iaitu fertigrasi dan hidroponik diperkenalkan untuk menarik golongan muda terlibat dalam pertanian moden.

Jelasnya, bagi Stesen Pertanian Nanga Engkuah, Katibas program yang dijalankan di stesen itu ialah input ladang, bantuan padi bukit, skim tanaman getah dan skim pembangunan ternakan. –Edisi UKAS