Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 6
total visitor Jumlah Pelawat 311,100

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Kuching FA Sedia Harungi Kempen Liga Premier 2020
Tarikh : 10 Feb 2020
 


KUCHING: Pendatang baru saingan Liga Premier 2020, pasukan Kuching FA enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi dalam kempen liga yang bakal bermula pada 29 Februari ini.

Menurut Pengurus Pasukan Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman, pihaknya hanya mensasarkan untuk berada dalam kelompok pertengahan liga dan seterusnya kekal dalam saingan musim depan.

"Kami juga menyasarkan untuk sampai ke peringkat suku akhir saingan Piala FA," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Pasukan Liga Premier Dan Piala Presiden Kuching FA di Kuching pada Ahad.

Dalam majlis itu, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Dato Posa Majais merasmikan pelancaran jersi pasukan itu.

Jelasnya lagi, Kuching FA akan mengadakan satu majlis pertemuan khas dengan para peminat sebelum saingan liga bermula kelak.

Kuching FA pada musim ini diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain import asing iaitu, penyerang Hudson Dia De Jesus, Leonardo Passos Alves, Yuta Suzuki dan pemain pertahanan Yuki Tanigawa. – Edisi UKAS