Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 7
total visitor Jumlah Pelawat 412,743

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

PUSAKA Perkenalkan STIDC Timber Industry Information System
Tarikh : 20 Feb 2020
 

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyahut seruan kerajaan negeri melalui strategi ekonomi digital Sarawak dengan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan atas talian yang dikenali sebagai STIDC Timber Industry Information System (STIS).

Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet berkata, sistem tersebut akan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran khususnya dalam sektor industri perkayuan, syarikat berdaftar, agensi-agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan.

Katanya, sistem tersebut merangkumi perkhidmatan seperti pendaftaran dan lesen syarikat, undang-undang dan penguatkuasaan status syarikat, pemeringkatan kayu, pendaftaran kilang, pengurusan tenaga kerja sektor perkayuan, statistik pulangan industri perkayuan, dan pengurusan sumber dan persijilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap Sempena Majlis Awareness Program STIS pada Rabu.

Tambah beliau, perlaksanaan sistem STIS dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini.

Dalam pada itu, Hashim memberitahu, pihaknya juga turut bercadang untuk menghasilkan aplikasi sistem STIS yang boleh diakses melalui telefon pintar dengan dimuat turun dari Google Playstore atau Apple Store pada masa akan datang. -EDISI UKAS