Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 7
total visitor Jumlah Pelawat 412,727

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

RM200,000 Diperuntukkan Bagi Skim Bantuan Tabung Pendidikan Batang Ai
Tarikh : 05 Mar 2020
 

LUBOK ANTU: Golongan pelajar dari kawasan Batang Ai amat bertuah kerana kerajaan negeri menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) memperuntukkan dana sebanyak RM200,000 setahun bagi Skim Bantuan Tabung Pendidikan Batang Ai.


Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap ADUN Batang Ai, Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, bantuan tabung pendidikan itu merupakan inisiatif bagi menggalakkan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan berkenaan.

Menurutnya, menerusi dana tersebut, para pelajar dari Batang Ai dapat melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu.


Sementara itu, Malcolm menambah, skim bantuan pendidikan berkenaan juga digunakan dalam program pembangunan pendidikan selain menambah baik fasiliti pembelajaran.

Dalam majlis tersebut, seramai 900 pelajar dari sekitar Batang Ai menerima baucer pakaian seragam berjumlah RM200. -EDISI UKAS