Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 4
total visitor Jumlah Pelawat 412,716

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

24 Pemain Meriahkan Kejohanan Golf Alumni UKM Sarawak
Tarikh : 06 Mar 2020
 


KUCHING: Seramai 24 orang pemain dari Persatuan Alumni UKM Sarawak akan menyertai Kejohanan Golf Alumni UKM Sarawak yang akan diadakan pada 7 Mac 2020, jam 6.30 pagi di Kelab Golf Sarawak. 

 

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tujuan penganjuran kejohanan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara sesama ahli yang barangkali kerana kesibukan dan tiada kesempatan untuk bersua muka. 

 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri majlis simbolik penyerahan baju golf sempena Pertandingan Golf Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia di pejabatnya pada Jumaat. 

 

Datuk Amar Awang Tengah turut bercadang akan menganjurkan golf amal dalam skala yang lebih besar bagi menarik lebih ramai penyertaan khususnya melibatkan orang ramai. 

 

Tambah Datuk Amar Awang Tengah lagi, selain mengadakan Kejohanan Golf Alumni UKM Sarawak, juga diadakan ‘reunion lunch’ yang akan turut diadakan pada hari yang sama di Chinese Restaurant, Kelab Golf Sarawak. 

 

Urusetia Alumni UKM Sarawak akan berusaha mengadakan beberapa lagi program untuk ahli-ahlinya pada tahun ini antaranya Ramah Tamah Aidil Fitri.