Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),

Tingkat 3, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, 

93502 Petra Jaya, 

Kuching. 

Tel: 082-312312 

Faks: 082-312311

Emel: ukas@sarawak.gov.my

online visitor Pelawat Di Talian 6
total visitor Jumlah Pelawat 412,742

Media Sosial Edisi UKAS

Kunjungi Media Sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) untuk mendapatkan 

maklumat dan berita di dalam Sarawak.


Sila klik imej di bawah untuk ke media sosial kami.

Terima Kasih

Limbang Ambil Langkah-Langkah Pencegahan Covid-19 Di Sempadan
Tarikh : 12 Mar 2020
 


LIMBANG: Satu sesi penerangan berkenaan kes Covid-19 telah diadakan di  Pejabat Daerah Limbang.

 

Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Limbang Superi bin Awang Said berkata sesi ini penting bagi mengetahui punca dan gejala Covid-19 ini merebak. 

 

“Sesi perkongsian berhubung info Covid-19 melibatkan gejala, simpton, kesan dan langkah pencegahan daripada pihak Hospital Limbang. 

 

“Walaupun wabak Covid-19 di Sarawak terkawal, langkah-langkah pencegahan awal ini penting bagi memastikan wabak Covid-19 dapat dibanteras dan dikawal penularannya,” katanya dalam Mesyuarat Tergempar Covid-19 di Daerah Limbang yang diadakan di Pejabat Daerah Limbang pada Khamis.

 

Pada mesyuarat itu juga, telah dibincangkan kekurangan bilangan anggota yang tidak mencukupi di pos kawalan sempadan Tedungan dalam mengedar Borang Tapisan Kesihatan.

 

“Untuk itu, mesyuarat mengambil ketetapan untuk meminta bantuan RELA bagi mengedar Borang Tapisan Kesihatan kepada pengunjung yang memasuki Daerah Limbang,” ujarnya. 

 

Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini, penjawat awam disarankan untuk menjalani pemeriksaan suhu badan sekurang-kurangnya dua kali sehari dan meningkatkan amalan menjaga kebersihan seperti sentiasa mencuci tangan dengan kaedah yang betul.