Rumah Alias Bon Dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan

UKAS  > Edisi-Utara >  Rumah Alias Bon Dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan
0 Comments

ISNIN, 12 APRIL 2021

SUBIS: Rumah Alias Bon di Sungai Manong Niah telah dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan ekoran terdapatnya kontak rapat kes positif COVID-19 yang dikesan di rumah panjang itu. 

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah mengeluarkan notis supaya rumah panjang tersebut dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan berkuatkuasa serta merta untuk tempoh 14 hari bermula dari 8 hingga 21 April 2021.

Sementara itu, petugas Barisan hadapan yang terdiri daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menbuat sekatan dan rondaan secara berkala bagi memastikan tiada penduduk yang keluar masuk tanpa kebenaran. -EDISI UKAS