PPV Stadium Perpaduan Perlu Dicontohi

UKAS  > Edisi-Utama >  PPV Stadium Perpaduan Perlu Dicontohi
0 Comments

KHAMIS, 20 MEI 2021

KUCHING: Prihatin dengan keadaan yang sesak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turun padang bagi meninjau pusat tersebut pada Khamis.

Pada tinjauan tersebut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) amat berpuas hati dengan pengurusan PPV itu yang telah ditambah baik bagi proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar.

“Ini sebabnya kita perlu memperbaiki pengurusan seperti di PPV ini kerana ianya lebih baik daripada sebelumnya.

“Kita berjaya mewujudkan sistem yang lebih terurus untuk orang awam menjalani proses vaksinasi dengan lebih lancar,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke PPV Stadium Perpaduan di sini.

Selain itu, beliau turut memberitahu pemberian vaksin Astrazeneca adalah berdasarkan temujanji secara sukarela dengan kaedah ‘first-come, first-served’.

“Vaksin Astrazeneca adalah berdasarkan temujanji secara sukarela dengan kaedah ‘first-come, first-served’ yang akan diurus oleh pusat pemberian vaksin yang lain dan bukan daripada kita,” katanya. –EDISI UKAS