Komuniti Penan Dan Kelabit Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Sarawak Atas Bantuan Makanan

UKAS  > Edisi-Utara >  Komuniti Penan Dan Kelabit Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Sarawak Atas Bantuan Makanan
0 Comments

SABTU, 12 JUN 2021

LONG RAYEH: Penduduk di Long Rayeh dan Long Napir menarik nafas lega selepas turut menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau. 

Penghantaran bantuan makanan telah disampaikan petugas dari Pusat Khidmat DUN Batu Danau baru-baru ini. 

Pada 6 Jun 2021, Helen Sabin bersama petugas lain telah berjaya menjayakan misi penghantaran makanan untuk komuniti Penan di Kampung Long Rayeh dan komuniti Kelabit di Long Napir. 

Sejumlah 92 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada komuniti Penan di Long Rayeh melibatkan 5 buah kampung komuniti Penan pada 6 Jun.

Pada 7 Jun pula seramai 79 komuniti di kawasan Long Napir melibatkan Kampung Bahagia (Penan) 38 dan 41 untuk komuniti Kelabit di Long Napir.

Perjalanan ke kawasan tersebut agak sukar dan memakan masa 3 hingga 4 jam melalui jalan balak.

Yung Lesu, 56 tahun yang mewakili komuniti Penan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang atas bantuan makanan yang diberikan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pergerakan untuk mencari rezeki. -EDISI UKAS