200 Penduduk Di Lingga Dan Seduku Terima Dos Pertama Vaksin

UKAS  > Edisi-Selatan >  200 Penduduk Di Lingga Dan Seduku Terima Dos Pertama Vaksin
0 Comments

AHAD, 13 JUN 2021

LINGGA: Seramai 200 orang penduduk di Lingga dan Seduku menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pejabat Daerah Kecil Lingga pada Sabtu.

Program vaksinasi yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang tersebut berjalan lancar dan teratur..

Seramai 57 orang petugas melibatkan Klinik Kesihatan Lingga, Pejabat Kesihatan Sri Aman, Polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Kecil Lingga dan sukarelawan terlibat dalam program berkenaan.

Penduduk yang telah dihubungi awal oleh petugas kesihatan memberi kerjasama dan hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, kebanyakkan mereka yang menerima suntikan vaksin amat gembira  kerana proses kali ini mudah disebabkan penduduk tidak perlu turun ke bandar untuk mendapat vaksin serta bersyukur dan akan hadir semula untuk suntikan dos kedua pada 3 Julai depan.-EDISI UKAS