31,540 Penduduk Sarikei Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Tengah >  31,540 Penduduk Sarikei Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin COVID-19
0 Comments

ISNIN, 14 JUN 2021

SARIKEI: Seramai 31,540 atau 66.3 peratus penduduk daerah Sarikei telah mendaftar mendapatkan vaksin COVID-19 sehingga Isnin.

Daripada jumlah tersebut 8,207 telah berjaya divaksin dan untuk dua hari lepas, seramai 1,086 orang penduduk Sarikei telah menerima suntikan vaksin tersebut.

Jumlah tersebut bertambah dengan kehadiran seramai 800 orang penduduk mendapatkan vaksin di Dewan Suarah Sarikei pada Isnin.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak Pejabat Daerah Sarikei atas usaha menghubungi penerima untuk hadir mendapatkan suntikan vaksin pada tarikh yang telah ditetapkan.

Selain itu, jasa petugas barisan hadapan turut dihargai atas usaha membendung penularan COVID-19 khususnya di kawasan Sarikei.-EDISI UKAS