Fasa Kedua Program Vaksinasi Kebangsaan Di Sibu Dipercepatkan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Fasa Kedua Program Vaksinasi Kebangsaan Di Sibu Dipercepatkan
0 Comments

JUMAAT, 18 JUN 2021

SIBU: Warga emas berusia 65 tahun ke atas di Sibu yang sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh menghubungi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Michael Tiang Ming Tee untuk mendapatkan janji temu vaksinasi.

Menurut Michael, mereka yang berminat boleh menghantar nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada beliau menerusi whatsapp di talian 012-8880500.

Katanya, inisiatif itu bertujuan untuk melengkapkan proses vaksinasi fasa kedua bagi membolehkan fasa ketiga program vaksinasi kebangsaan di Sibu dimulakan.

Ditemuramah UKAS semasa melawat program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu pada Jumaat, beliau memberitahu pusat itu mensasarkan untuk memvaksinasi 2500 orang sehari.

Sementara itu, salah seorang penerima, Kaunselor Zaiton Abdul Kader amat gembira kerana penantiannya untuk menerima vaksin akhirnya tercapai.

Manakala Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Rosman Zaini turut melahirkan rasa lega dan gembira kerana telah menerima suntikan vaksin.

Seramai 2891 orang terdiri daripada warga emas dan kakitangan awam telah menerima suntikan vaksin mereka. – EDISI UKAS