Hari Keempat Di PPV Dewan Pembangunan Sebuyau Dihadiri Penerima Warga Emas Sahaja

UKAS  > Edisi-Selatan >  Hari Keempat Di PPV Dewan Pembangunan Sebuyau Dihadiri Penerima Warga Emas Sahaja
0 Comments

KUCHING , 17 JUN 2021

SEBUYAU : Hari keempat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau pada Khamis, telah menyaksikan seramai 600 penerima melibatkan warga emas sahaja.

Difahamkan, keseluruhan penerima yang hadir adalah melalui pendaftaran aplikasi MySejahtera.

Pelaksanaan program dari mula hingga selesai dilihat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, petugas kesihatan bersama sukarelawan, termasuk pihak Polis dan RELA juga menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan memastikan semua penerima sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa, selamat dan mematuhi SOP. -EDISI UKAS