Lagi 4,000 Individu Terima Suntikan Vaksin Sinovac Di PPV Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching

UKAS  > Edisi-Selatan >  Lagi 4,000 Individu Terima Suntikan Vaksin Sinovac Di PPV Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching
0 Comments

SELASA, 22 JUN 2021

KUCHING: Kira-kira seramai 4,000 lagi individu menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching pada Selasa.

Menerusi tinjauan yang dilakukan oleh kru UKAS, perjalanan proses pemberian vaksin adalah dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar.

Dalam pada itu, situasi di situ juga didapati tidak sesak dan teratur berikutan penerima vaksin hadir mengikut masa temu janji yang ditetapkan dalam MySejahtera.

Mereka hanya dibenarkan masuk ke pusat tersebut 30 minit awal dari masa temu janji tersebut.-EDISI UKAS