Datuk Roland Sagah Lawat Tapak Projek RTP Di Dewan Teng Bukap Padawan Dan Kampung Menjau

UKAS  > Edisi-Selatan >  Datuk Roland Sagah Lawat Tapak Projek RTP Di Dewan Teng Bukap Padawan Dan Kampung Menjau
0 Comments

JUMAAT, 2 JULAI 2021

PADAWAN: Menteri Muda Permodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat telah mengadakan lawatan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2020 pada Khamis.

Lawatan beliau dimulakan dengan melawat ke projek menaiktaraf dan membaiki Dewan Teng Bukap Padawan yang menelan kos RM 200,000 dan taklimat projek telah diberikan oleh Ir. Lee Hong Siang dari Jabatan kerja Raya (JKR) Serian.

Menurut Ir. Lee Hong Siang, projek tersebut telah siap 99 peratus dan hanya menunggu pihak SESCO untuk memasang meter elektrik sahaja.

“Di antara skop kerja bagi projek tersebut yang telah disiapkan adalah kerja pembaikan bumbung, pembinaan pentas, pemasangan siling dan pemasangan penghawa dingin,” jelas beliau.

Datuk Roland Sagah dalam pada itu amat berpuas hati dengan kualiti kerja pihak kontraktor serta usaha pihak JKR Serian di dalam memastikan kejayaan projek tersebut.

Seterusnya, Datuk Roland Sagah dan rombongan bergerak ke lokasi tapak projek di Kampung Menjau bagi melihat sendiri projek menyiapkan Dewan Serbaguna kampung tersebut.

Projek yang bernilai RM 320,000 itu merupakan projek yang telah mula dilakukan pada 27 November 2020 dan sepatutnya siap pada Mei 2021 yang lepas, namun disebabkan keadaan semasa pandemik COVID-19 yang tidak mengizinkan kerja-kerja pembinaan agak terganggu dan terpaksa ditangguh apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.-EDISI UKAS