ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kampung Tematu

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kampung Tematu
0 Comments

SELASA, 6 JULAI 2021

KUCHING: Prihatin dengan penduduk yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turun padang menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Tematu pada Selasa.

Beliau dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengagihkan bantuan tersebut di St John De Brebeuf Catholic Church Kampung Tematu.

Dalam pada itu, Khere Chiang turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi The Federation of Chinese Association Kuching, Samarahan, Serian Division, Lo Siaw Fung atas sumbangan 190 ekor daging ayam kepada penduduk kampung tersebut.

“NGO juga menyumbang dua botol minyak petrol kepada petugas barisan hadapan bagi meringankan perbelanjaan petrol kenderaan mereka yang diperlukan untuk melakukan agihan kepada penduduk,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada penderma yang bermurah hati menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Tematu. –EDISI UKAS