JUMAAT, 30 JULAI 2021
SRI AMAN : Program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang dijalankan di Rumah Rebi dan Rumah Mara, Stumbin pada Khamis memfokuskan pemberian vaksin kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Sri Aman sebelum ini.
Seramai 77 individu telah berjaya melengkapkan dos kedua vaksin pada hari tersebut.
Namun begitu, keutamaan juga tetap diberikan kepada individu yang mempunyai kesukaran untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam, seperti golongan warga emas atau Orang Kelainan Upaya (OKU).
Program vaksinasi tersebut berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), disamping kerjasama baik antara petugas kesihatan dan penerima vaksin yang hadir mempercepatkan lagi perjalanan program. -EDISI UKAS
Comments