Bahagian Miri Catat 177 Kes Positif COVID-19

UKAS  > Edisi-Utara >  Bahagian Miri Catat 177 Kes Positif COVID-19
0 Comments

JUMAAT, 6 OGOS 2021

MIRI: Bahagian Miri mencatat 177 kes positif COVID-19 pada Khamis.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri pada Khamis, daripada jumlah itu, 160 kes atau 90.4 peratus dicatatkan di Daerah Subis manakala 9.6 peratus dilaporkan di Daerah Beluru 10 kes dan Daerah Miri 7 kes.

Kesemua kes yang dilaporkan di Daerah Subis adalah dari Kluster Mega Suai dalam kalangan pekerja dan ahli Keluarga ladang kelapa sawit. 

Ekoran peningkatan kes COVID-19 di kalangan pekerja ladang, JPBB Miri, pihak Pengurusan ladang perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) terus dipatuhi. 

Pihak pengurusan ladang juga perlu mengatur dan memastikan semua pekerja mereka mendapatkan vaksin COVID-19 dan mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di ladang. 

Sementara itu, kes positif yang dilaporkan di Daerah Beluru terdiri daripada 8 kes yang merupakan kontak rapat dari Kluster Jambatan Lemua dan satu kes kontak rapat dari sebuah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Daerah Miri pula, kes positif yang dilaporkan terdiri daripada dua kes kontak rapat yang telah dikuarantin manakala, satu kes saringan bergejala, satu kes saringan kendiri dan tiga kes Import A (Indonesia). -EDISI UKAS