Penduduk Sadong Jaya Teruja Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  Penduduk Sadong Jaya Teruja Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19
0 Comments

ISNIN, 9 OGOS 2021

SADONG JAYA : Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong telah mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Komuniti Sadong Jaya pada Isnin.

Beliau diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo mengambil kesempatan itu dengan mendapatkan reaksi penduduk tentang pentingnya pengambilan vaksinasi pada masa ini. 

Menurut beliau, daripada pengamatannya, rata-rata penduduk di situ sememangnya teruja menunggu untuk mendapatkan dos kedua agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selamat terutamanya apabila pelbagai aktiviti sudah boleh dibenarkan beroperasi. 

Sementara itu, Aidel Lariwoo berkata, dengan adanya PPV Sadong Jaya ini, lebih ramai penduduk di luar bandar yang akan menerima vaksin lengkap sekaligus dapat membolehkan tempat-tempat di negeri ini beralih ke Fasa 3 dengan lebih cepat. 

PPV tersebut dibuka seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan proses pemvaksinan berjalan dengan lancar mengikut perancangan pihak bertanggungjawab yang bertugas. -EDISI UKAS