Kuarters Kediaman Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Limbang Terbakar

UKAS  > Edisi-Utara >  Kuarters Kediaman Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Limbang Terbakar
0 Comments

ISNIN, 16 OGOS 2021

LIMBANG: Sebuah kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Limbang telah musnah terbakar pada Ahad. 

Bomba dan Penyelamat Limbang yang menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang telah bergegas ke lokasi kejadian  dan mendapati 80 peratus kuarters tersebut telah musnah terbakar. 

Sebuah kereta Proton Iswara yang diparkir di bawah kuarters berkenaan turut musnah terbakar.

Seramai 11 orang anggota Bomba telah terlibat dalam operasi ini dengan kekuatan sebuah FRT, sebuah EMRS dan sebuah water tanker. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi tamat pada jam 9:10 malam.-EDISI UKAS