ADUN Balingian Agih Geran MRP Kepada 45 Penerima

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Balingian Agih Geran MRP Kepada 45 Penerima
0 Comments

KHAMIS, 19 OGOS 2021

MUKAH: Sejumlah RM973,000 Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP-OG) diagihkan kepada 45 orang penerima dalam majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi di Menara Pehin Setiaraja Mukah pada Rabu.

Antara penerima geran adalah Badan Muafakat MRSM Mukah, PIBG SMK Three Rivers, Majlis Guru Besar Daerah Mukah, 16 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mukah, 13 Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Jabatan Kerajaan dan dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Agensi Kerajaan.

Turut menerima empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam, empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Belia, Wanita dan Masyarakat, sebuah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Tabung Bantuan Rakyat Kawasan Balingian bagi menjaga keperluan Pendidikan, Bencana, Kebajikan serta Keagamaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Yakub berpesan agar geran yang diterima tidak disalahguna dan digunakan dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti atau program-program yang dirancang dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya, penyerahan geran ini adalah keprihatinan beliau dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada semua persatuan dan NGO di kawasan Balingian. – EDISI UKAS