SUFC Gah Di Puncak Liga Premier, Laluan Ke Liga Super Semakin Cerah

UKAS  > Edisi-Selatan >  SUFC Gah Di Puncak Liga Premier, Laluan Ke Liga Super Semakin Cerah
0 Comments

SABTU, 28 OGOS 2021

KUCHING: Sarawak United FC (SUFC) mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Premier 2021 selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 menumpaskan PDRM FC dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada Jumaat.

Bintang import dari Brazil, Sandro Da Silva menjadi duri dalam daging skuad ‘The Cops’ apabila menjaringkan gol pertama SUFC pada minit ke-17 selepas menerima umpanan kemas dari Changhoon Lee.

Sandro sekali mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-35 dengan merembat kencang bola berpunca dari sepakan percuma Changhoon.

SUFC kian selesa apabila penjaring terbanyak skuad itu, Uche Agba menjaringkan gol ketiga pada minit ke-81.

Kemenangan ke-11 itu semakin mencerahkan skuad Kenyalang Emas itu untuk kembali ke kancah Liga Super pada tahun depan. – EDISI UKAS