ADUN Tamin Tinjau Dua Projek Di Selangau

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Tamin Tinjau Dua Projek Di Selangau
0 Comments

SELASA, 31 OGOS 2021

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang telah melakukan tinjauan ke tapak projek Jalan Rumah Jely dan Rumah Juki, Kudat, Nanga Lemai di Selangau pada Isnin.

Projek jalan sepanjang 6.5 kilometer itu diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu dan dilaksanakan CMS Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM1.1 juta.

Sebelum ini jalan tersebut adalah jalan ladang kelapa sawit dan ditutup selepas tidak beroperasi lagi sebelum projek baik pulih dilaksanakan.

Pada program berasingan, Ir Chistopher Gira turut meninjau Pusat Hemodialisis Klinik Kesihatan Selangau.

Projek tersebut telah bermula 7 Mei 2021 dan dijangka siap pada 4 November 2022. -EDISI UKAS