PKPD: Empat Kampung Di DUN Opar Terima Sumbangan Bakul Makanan

UKAS  > Edisi-Selatan >  PKPD: Empat Kampung Di DUN Opar Terima Sumbangan Bakul Makanan
0 Comments

SELASA, 31 OGOS 2021

LUNDU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengagihkan sebanyak 518 pek bakul makanan kepada penduduk di empat kampung di konstituensi Opar yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Isnin.

Kampung yang terlibat adalah Kampung Sebiris dan Kampung Pasir Tengah yang menjalani pelaksanaan PKPD sejak 28 Ogos hingga 10 September ini, manakala Kampung Keranji dan Kampung Serayan Hulu sejak 29 Ogos hingga 11 September depan.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu dan Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Lundu turut membantu dalam pengagihan bakul makanan tersebut. –EDISI UKAS